Sunday, 23 July 2017

Expired Date 22.07.2017

Hai awak semua,apa khabar? Yang mana tak sihat pergi lah klinik cepat-cepat sekarang musim panas senang nak dapat sakit , dah pergi klinik tu jangan liat nak makan ubat pulak buat rugi bayaq je nanti :P

I memang jarang masuk giant walaupun pergi kerja balik kerja memang selalu lalu depan giant nak singgah tu memang jarang sekali.Giant ada masa barang murah ada masa barang mahal , kalau jumaat hingga ahad tu ada offer-offer tertentu di tawarkan time nie lah nak beli kan.Kebetulan semalam singgah pergi giant time cuti-cuti giant memang penuh.
Bila dah belek barang,ambik barang yang nak beli terus pergi bahagian frozen lalu dekat bahagian air tertengok lah air Sunkist apple yang kecik RM 0.99 kira RM1 lah, time nie memang tak tengok langsung expired date air tu, memang lupa terus.



Sampai-sampai rumah air tadi terus masuk dalam peti ais , bila malam terasa nak minum air Sunkist apple yang beli siang tadi , masa nak minum tulah baru tengok expired date , rupanya hari yang sama jugak expired 22.07.2017 padan lah murah benor jual ye nasib beli 3 botol je , petang tu suami pun ada minum dia pun tak tengok expired date , terpaksa lah habis jugak malam tu.


Giant memang selalu jual harga murah kalau ada barang yang nak cleanrer , so kalau you all nak beli tu kena tengok expired date dulu jangan main beli nanti macam I ,nasib beli air je kalau beli benda lain tak tahu lah ,menangis bucu katil kot…

Friday, 14 July 2017

Salam Jumaat 14.07.2017


Annoyed? Angered? Irritated? Frustrated? Tried all the music genres in the world but nothing gives you what you’re actually looking for? Watched episodes over episodes of every season available and you thought that’s all what life has to offer to you? Encircled by friends day in and day out and forgot what YOU are actually meant for? Got deceived into thinking that life is just a game? Enslaved by chants of YOLO?

Crdt to : LionofAllah

mini stationery giveaway by mirzasyazwina


Uikk rugi siapa yang tak nak join tu hadiah dia meriahhh uolsss gigit jari nanti


 tiga file comel lotee

pemadam warna-warni

tiga keping sticker

wooden clip set

tiga batang pen

dua notebook

stapler

board


Thursday, 13 July 2017

Beauty Tips : Lets Cantik

CONCEALER

Ada pelbagai jenis dan brand..so ikut citarasa you all lah nak yang mana satu
ada yang jenis liquid &  lagi satu jenis macam padat / Cream

If you all ada dark circles, eyesbag,bekas-bekas jerawat,flek..so guna concealer sebagai penyamar noda.. time nak beli tu.carilah warna concealer lebih terang dari warna kulit kita, kiranya berlawananlah gitu.


Guna jari better actuallly...for me lah...just DAP DAP DAP...Guna berus pon ok janji pandai ratakan, guna span pon ok tapi kalau macam span dia jenis cepat serap ke dalam span kan..so akan berlaku pembaziran disitu...so tak digalak kan ya.

Foundation 


Pilih warna foundation di bawah sinar matahari atau lampu putih and sapu dekat rahang pipi,Bukan kat tangan yee U'ollsssss...Why bkn kat tgn? Sebab tangan normally muka dgn tgn warna tak sama.. 


Sebelum pakai Goncangkan botol foundation tu terlebih dahulu supaya mereka bersatu padu..Letakkan di bahagian pipi,dahi,dagu,hidung,
Ratakan dengan menggunakan berus/jari pon boleh...ikut suka hatilah ...

Tuesday, 11 July 2017

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2



Jom uols join lagi 4 hari lagi sebelum tarikh tamat

Monday, 10 July 2017

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan hai semua , iols nie dah macam biskut chipsmore kan sekali post lepas tu 2-3 minggu muncul balik , lama-lama orang ingat iols tak active dalam blog nie.Macam I beritahu sebelum nie lah susah sikit nak consistent menulis nie , tapi rasanya tak boleh guna pakai dah kot alasan macam tu kan , kena ada perubahan baru ada kemajuan dok gitu hehehe..


Sebelum tu I nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan blogger yang ada komen I yang buat you all kecik hati atau terlebih laser harap di maafkan, eh baru nak ucap ke ?? tak apa lah raya kan sebulan masih sempat nak ucap dan bermaaf-maafan sesame kita

Raya tahun nie agak suam-suam kuku sebab untuk pertama kali raya dalam keadaan tak sihat , dari bulan puasa bergilir dengan Husband deman jadi gambar-gambar berhari raya tak berapa nak ada,nak ambil gambar makanan pun tak berapa ada mood , kelaut semua mood , tapi masih boleh pergi rumah sedara-mara yang terdekat , masih boleh beraya di rumah MIL ,Alhamdulillah.


Tahun nie tema mak kau HIJAU hahaha husband nak sangat warna nie I ikut jelah , tapi tak sangka pulak ramai yang pakai warna hijau , pergi rumah nie hijau pergi rumah sana hijau.You all pulak tema apa tahun nie share lah ~~~ J


Segment July-August Bloglist By Sii Nurul




Follow Me! by Naseha Syahira


Just click the banner

Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana

Tarikh : 22/06/2017 - 15/07/2017

Seramai 5 blogger yang bertuah akan menjadi Bloglist Auni Liyana dan akan direview blognya

Mini Giveaway : Duit Raya


Nak duit raya ha join lah mini giveaway nie

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Jom support mia liana :)

Tuesday, 20 June 2017

#Throwback Menu Berbuka

Assalamualaikum dan Hai semua , sedar tak sedar dah 25 hari kita berpuasa dan Alhamdulillah di beri kesempatan lagi bertemu ramadhan pada tahun nie.Meriah betul kawan-kawan blogger yang lain post menu berbuka , menu bersahur , ada yang share resepi , ada yang buat kuih raya , ada jugak share baju-baju raya dah di beli ,macam-macam tema tahun nie macam-macam warna .

Bulan puasa nie I memang tak ada post apa-apa pun , susah nak konsisten nak tulis dalam blog nie ,kekangan masa yang ada terpaksa di bahagikan dengan tanggungjawab kerja , rumahtangga dan juga minat.


Dekat sini I belanja sikit lah menu berbuka puasa , ada yang tak sempat nak ambik gambar pun ada ,I belanja gambar mana yang ada jelah erk….menu I ada tak yang special sangat pun atau lauk yang meriah-meriah , sebab I ikut selera big boss I masak pun yang simple-simple je , ada jugak I dengan husband beli dekat bazar. Bulan puasa I jarang beli kuih-muih , biasa husband I beli popia dengan muktabak je kuih yang lain tu jarang.

Ikan Sardin + Telur Dadar + Sayur Kubis Dengan Carrot

Gulai Ikan Nasi Berlauk + sambal +Ikan Goreng + Pajeri Nenas Versi MIL

Tomyam Ayam + Ayam Goreng + Buah Tembikai

Mee Goreng + Telur Mata + Keropok + Muktabak Daging

Nasi Goreng + Ikan Bilis + Telur Mata + Ikan Masin + Keropok

Udang Masak Butter Versi Berkuah + Ikan Bawal Masak Masam Manis Campur Timun

Ikan Singgang + Ikan Goreng + Terung Masak Pedas

Nasi Ayam + Kek Gula Hangus

Ayam Masak Berlada

Dalca Daging + Ikan Goreng + Kacang Goreng

Sambal Telur + Ayam Goreng + kangkung Sambal Belacan + Asam Pedas + Roti Sardin + Kurma + Kuih Arab

Nasi Lemak + Air Jagung

Ikan Masak Lada Hijau + Petola Ular Masak Lemak

Ayam Bakar Kak Abam + kacang goreng campur carrot

Ayam Masak Merah Campur Terung

Nasi Lemak + Telur Mata + Muktabak

Kesempatan nie jugak I nak ucapkan selamat hari raya aidifitri maaf zahir dan batin kalau ada salah silap sepanjang perkenalan harap di maafkan.

Monday, 29 May 2017

Tips Sahur Yang Sihat

Hai korang..hai semua masih belum terlambat kot nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger semua.Today nak share sedikit tips atau cara sahur yang sihat , sebab ada setengah kita nie sahur makan nasi kan dah tentu air manis tu mesti kena ada betul tak,tips nie harap dapat membantu korang semua okey …

1.    Jangan lupa sediakan kurma setiap hari, supaya dapatlah kita makan 3 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur. Pada kurma itu zatnya memang tinggi dan banyak, jadinya ia memberi nutrisi dan tenaga yang berpanjangan kepada kita yang berpuasa sepanjang hari (Kurma lambat dihadam dalam perut & membantu menahan lapar)

2. Pastikan kita banyakkan mengambil air kosong dan air suam supaya segala proses di dalam badan berjalan lancar.

3. Elakkan dari minum minuman berkafein sewaktu bersahur kerana ia membuatkan kita cepat rasa dahaga.

4. Begitu juga dengan minuman dan makanan yang manis, ia juga membuatkan kita cepat dahaga, satu tips dari Prof Muhaya adalah menggantikan gula dengan madu sebagai manisan kerana ianya lebih selamat

5. Ambil minuman isotonik tanpa gas yang membantu badan menyimpan banyak air dan mengelakkan hidrasi. Contoh minuman ini adalah Performance Drink.

6. Sediakan menu makanan yang tinggi protein dan indeks glisemik yang tinggi, kerana ia membuatkan anda tahan lapar dengan lebih lama

7. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan semasa bersahur kerana ia membantu kita mudah lawas, membekalkan air secara semulajadi dan mencukupkan nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.


Credit : Ita Azita

Friday, 26 May 2017

Sepetang Di Mustafa Cendol - Kuantan

Hai semua lama tak buat entri dalam blog nie di sebabkan hal-hal kerja yang tak pernah habis-habis J , I pun agak lama diam menyepi tanpa khabar berita tapi I ada lah jalan-jalan blog yang I follow Cuma entri je tak buat,sesiapa yang ada follow blog I nie thank you so much ,dah follow tu tinggal lah jejak anda di komen senang sikit I nak follow balik.

Cerita hari ahad hari tu tak tahu kenapa teringin nak makan cendol dekat MUSTAFA CENDOL mungkin sebab cuaca panas sangat dan pada masa yang sama memang dah lama tak pergi makan cendol dekat situ , dulu kerja dekat area teluk sisek kerap lah jugak pergi tapi sekarang dah tukar tempat kerja susah sikit nak pergi ke sana sebab nak kena tempuh jem I is sangat malas kalau bab jem-jem nie rela pergi beli cendol mamak yang naik motor tu.

credit : Google Search

Dekat kuantan nie banyak tempat makan yang sedap-sedap dan murah Cuma kena pandai carilah , kalau petang-petang rasa nak makan kepok (keropok) pisang goreng ,udang/ikan celup tepung boleh pergi tanjung lumpur , nak makan sambil-sambil tengok lauk boleh pergi taman gelora dekat situ pun banyak pilihan makanan ada nasi/mee goreng-gorengan.Kalau nak sejuk-sejuk tekak sebab cuaca lit lit panas ,boleh cuba cendol dekat MUSTAFA CENDOL , ada macam jenis cendol mereka  jual , mee goreng pun ada rojak mee pun ada.

Cendol Biasa


Rojak Mee

Mee Goreng Mamak


Kebanyakkan orang datang dekat sini disebabkan cendol yang di jual sedap , ramai jugak orang luar dari kuantan datang cuba cendol dekat sini.Rojak mee pada I ok lah boleh di terima , tapi mee goreng mamak pada I tak berapa sangat sebab rasa kapur mee tu jadi I makan sikit je lepas tu tak boleh makan dah sebab rasa kapur tu agak kuat, I tak sure lah dia orang rendam sekejap ke lama mee tu .

Jadi yang mana datang ke kuantan tak tahu nak makan apa petang-petang boleh lah singgah dekat MUSTAFA CENDOL nie,guna waze pun boleh sampai uols , jumpa lagi next entri bye. 

Friday, 5 May 2017

Salam Jumaat - 5/5/2017


Wednesday, 3 May 2017

Haul : Body Shop 70%

Hai semua ,sebenarnya dah lama tak beli barang dari body shop ,kebiasanya iols lalu je dan tengok dari luar je tak masuk pun,last I beli 2 tahun lepas kot minyak wangi I suka white musk botol dia warna purple tu selain dari tu I tak berapa berkenan dengan bauan yang lain.

Baru-baru nie body shop ada buat sales 70% time nie member ajak masuk katanya tengah offer ,biasa lah I nie jenis pantang di ajak , ada pulak geng membeli menjadi-jadi kejadian membeli tu, tapi memang murah betul lah dari harga normal kan , time macam nie orang berebut nak beli.Jom tengok gambar dekat bawah apa I beli.


1.    White Musk Libertine Fragrance Mist – RM 19.50
2.    Honeymania Exfoliating Cream Body Scrub (50ml) – RM 10.20
3.    Itallian Summer Fig Treat (body lotion and shower gel ) – RM 27.50
4.    White Musk Eau De Toillette 30ml Gift Seft – RM 69.30


Nak cerita jugak perfume white musk nie lah gaji pertama I beli tau masa nie pas SPM I terus minta kerja tak ada istilah duduk rumah lama-lama , tapi time nie I beli harga dia RM29.90 percaya tak?? Korang kena percaya memang mula-mula dulu harga dia RM 29.90, lama-lama naik lah 39,49,79 sekarang dah 100++ tu pun jenis Toillette lah yang jenis lagi satu tu mahal sikit, tak tahu lah kenapa body shop sekarang harga dia mahal-mahal mungkin dia ada upgrade formula untuk quality lebih bagus kot.Okey lah uols jumpa next entry penat menaip dah bye.

Tuesday, 2 May 2017

Hello my friends,today nak share dengan you all mask yang I beli dekat Watson tengah bulan hari tu and yes I baru je nak guna actually I agak lama I tak manjakan I punya skin,dengan kata lain lama jugak I tak pakai mask biasa I skip pakai mask terus je dengan night skincare routine.

First time I try mask dari botanics nie biasa jeling-jeling je hiks …tapi hari tu kalau beli untuk pembelian ke dua dapat 70% diskaun , so I beli lah dua terus dan I pilih aloe vera sebab my skin selalu terdedah dengan cahaya matahari dan ada masa kulit I terasa kering.


Semua orang tahu yang Aloe Vera banyak digunakan dalam produk kecantikan dan sangat elok untuk kulit muka kita. Aloe vera jugak boleh merawat, mencerah, memulihkan kulit,bukan tu je boleh jugak untuk merawat luka, luka-luka kecil, kulit kering dan terbakar teruk (burns). Aloe Vera kaya dengan Vitamin C, E dan beta karotena yang memberikan ia berkhasiat dan anti-penuaan dan banyak lagi lah silalah google kalau nak tahu lebih banyak lagi benefit aloe vera nie. Ok stop dulu mengomel pasal aloe vera punya benefit…


Mask nie tak bau any fragrance , selesa bila guna dekat muka tak terasa gatal atau pedih rasa fresh sangat , bila dah seharian dekat tempat kerja kan time pakai mask nie lah time paling best rasa segar bugar.Membantu hydrate and soothe dekat kita punya skin , apa yang I suka dalam mask nie ada hyaluronic acid dia akan ketatkan you punya pores dan tegang.

Dekat instructions tulis pakai selama 10-15 minit tapi I biar lebih dari tu dalam 30minit atau 1 jam , its ok sebab dia bagi lagi you punya skin better , sebab you dah beli mahal kan satu mask tu dlm 5-6 ringgit jadi rugi lah kalau you tak guna lama , but kalau you guna jenis clay mask atau mana-mana mask yang kena tunggu kering lepas tu cuci yang tu you tak boleh tunggu lama cukup 3-5minit je , sebab mask jenis macam tu boleh buat you punya skin kering tak berapa bagus untuk skin.

Bila dah buka mask tu jangan lupa sapu dekat leher sekali hujung-hujung telinga tu , sebab kita tak nak membazir essence dari mask tu rugi oooo J  , mask nie boleh pakai 2x seminggu atau seminggu sekali pun dah ok,tapi macam I nie kalau penat sangat memang tak pakai lah jadinya beli mask masuk dalam laci buat perkasam dulu baru guna ~

Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017


TARIKH TUTUP: 
3 MAY 2017 ; 11:59 PM

Last minute join ,masih sempat lagi uols nak join sekali ..sila klik klik klik banner dekat atas tu erk 

Ole Ole Dari Sabah

Hai semua,okey husband I baru balik dari sabah dan nie dah masuk tahun keempat tak salah husband pergi ke sabah atas urusan kerja.

Kali nie tak bawak balik udang galah sebab tak sempat nak pergi ke pasar ,udang galah dekat sana memang murah sekilo rm40 memang banyak udang boleh masak banyak kali,kalau dekat sini udang galah memang agak mahal lah sikit.



Yang nie jelah husband I beli untuk balik ke kuantan ,yang bulat-bulat tu keropok perisa udang dengan sotong,tapi I lagi suka perisa udang sebab pedas nyumm.. kuih cincin popular dekat sabah dengan Sarawak , kalau jenis nipis tu rangup bila makan krup krap krup krap susah nak berhenti , kalau yang tebal tak rangup tapi isinya tebal sikit.Biskut viral kawan husband beritahu tu dia beli RM10 dapat 3 pcs murah kan banding I beli haritu 1 pcs rm RM 6 ,last-last husband cakap kalau tahu dia borong banyak sikit biskut tu.Okey last sekali husband I belikan kerosang sabah untuk wife dia,boleh lah pakai raya nanti kan.



I pun teringin jugak nak ke sabah kalau ada peluang and rezeki insyaallah nak kenal-kenal tempat dekat sana, siapa followers dari sabah boleh beritahu tak tempat menarik dekat sabah boleh lah komen dekat bawah ya…byeeee

Tuesday, 18 April 2017

Bila Tekak Nak Makan Aiskrim

Hai semua , sihat ke ? lama tak bersiaran asyik menyepi je blog nie kan , maaf lah ya agak susah nak cari masa nak berblog , lama jugak tak jalan-jalan dekat blog frezz yang lain tapi sis cuba na curi-curi masa yang ada J

Tak tahu lah sejak dua menjak nie tekak nie asyik nak makan aiskrim je , beli dekat 7e tapi macam tak cukup je kalau beli satu..mesti nak lagi tau..saka kot tiba-tiba nak makan aiskrim .

Untuk memenuhi kehendak tekak nie pergi nirwana kita tibai 3 kotak sekaligus beli , rambang mata jugak nak memilihnya sebab semuanya sedap-sedap belaka tengok , pilih punya pilih akhirnya 3 jenis aiskrim nie lah yang jadi beli.



  • ·         Potong red bean
  • ·         Tropicana perisa limau & vanilla
  • ·         Magnum mini classic almond

Korang suka aiskrim apa??

I AM BLOGLISTED BY MRS PIP



Segmen yang paling senang sebab tak banyak syarat nak kena ikut,segmen berlangsung 17 april hingga 30 april 2017 tamat jam 8pm.


Jom join Giveaway Jiakreatifelt


Nak join klik banner dekat atas , pemenang akan dapat handsock dwitone dan Keputusan pemenang akan diumumkan nanti pada 28.04.2017 pada 8.30mlm

Wednesday, 5 April 2017

Apa Yang Saya Beli Dekat VSCO FESTIVAL


Hai semua buat apa tu dah lunch ke..nak story sikit-sikit je tengah free sekarang nie harus update blog nanti orang ingat blog kita tak active :P

Lepas balik dari kerja sabtu lepas pergi ke megamall kebetulan ada hal sikit nak jumpa kawan , lepas bincang-bincang settle semua kerja ambil kesempatan sikit ronda-ronda dalam megamall tu , dekat ruang legar megamall tu ada buat VSCO FESTIVAL , ada lebih kurang 100 vendor yang turut serta dalam festival tu ,so macam-macam lah yang di jual.

Niat dihati nak beli baju tapi free size pun macam S je .. walaupun lengan panjang tapi bawah dia pendek lah pulak , I memang ada masalah kalau bab beli baju sebab semua kecik-kecik walaupun XL huh. Siapa macam nie angkat tangan kita geng.

Meh cuci mata apa yang I beli and cofirm tak ada baju seluar yang di beli ..



Cream puffs (RM 5.00 ) dia lembut sangat lepas tu custard filling banyak sangat letak , hadap  sorang makan sekejap je habis memang lembut,setengah tu puffs yang orang jual macam keras bila dah sejuk tapi yang nie lembut giler,lagi satu brownies nutella (RM 6 )pun sedappp you alls even makan keesokkan harinya brownies dia tetap lembut cair di mulut.. selalunya kalau teringin nak makan brownies I biasa beli dekat kula cakes je..tapi this one dah jadi my favorite..harga pulak memang murah sangat..rugi tak beli dua hari tu..sandwich tu free


Sebenarnya dah lama mengidam nak makan biskut gery saluut nie , orang lain dah lama cuba kita baru terkial-kial nak cuba kan , harga RM 6 satu bagi I mahal lah kot kalau beli satu kan , kalau ikut harga original murah je beb , tapi tak apa lah nak makan kan tak boleh nak berkira sekadar untuk mencuba.


Firstime jugak makan popcorn jenis macam nie , ada 4 jenis flavored kari . chesse , caramel , coklat tapi I lagi suka yang caramel rasa butter rasa sweet-sweet gitu , tapi yang nie  I tak rasmi lagi Cuma try masa dekat sana je tu hari , harga dia mahal sikitlah RM 15 .


Nasi ayam papa nie not bad lah Cuma bila dah sejuk tu ayam dia keras sikit harga rm 5.50 


Okey yang nie pembelian yang utama dekat VSCO tu , baju tak jadi beli sebab size last-last beli benda lain kopak-kopak hehehehe , DYXY COSMETICS salah satu wishlist sebenarnya tapi tak sangka pulak seawal nie boleh dapat sebab dah lama usha dah lama teringin tau tapi tak beli-beli risau tak sesuai dengan skin , tapi adik dekat sana buat demo dekat skin I sendiri , I dapat sendiri rasa texture macam mana , how its works on  my face and I love love love sangat-sangat , now dah 5 hari I pakai pergi kerja I suka gilerr tunggu I pakai lama sikit baru buat reviews ,

Tu saja lah apa yang I beli banyak makanan dari barang lain…anyway tak sabar nak tunggu mood republic dekat kuantan 6-7 mei dekat zenith kuantan , last year beli baju raya pun dekat mood republic je berbaloi ,ok lah nak sambung buat kerja…byeeee 

Wordless Wednesday 2017 : #8 - Want Glowing Skin? EAT YOUR WATER


Eat water? Yes, you read that right! How many litres of water do you drink daily? That standard amount is 4 bottles which is 4 litres minimum to keep your body hydrated and all the skin and digestive problems at bay.  Not all can drink so much water, so you can have more water-based foods instead. There are a lot of veggies and fruits that contain good amount of water which is hydrating for your body

Source : theindianspot

Monday, 3 April 2017

Menang Giveaway Uyul Rosli 1st Giveaway

Assalamualaikum dan hai semua ,Alhamdulillah menang giveaway dari uyul rosli rezeki I dapat 100pcs name card , tak sangka-sangka tapi yang mana tak menang tu tak pe cuba lagi mana tahu rezeki korang pulak kan..

Sebenarnya uyun dah umum pemenang giveaway nie 28/3 hari tu lagi , tapi baru hari nie I bukak blog , mintak maaf sangat-sangat sebab minggu lepas memang bz sangat-sangat nak bukak blog pun tak sempat,sampai tuan giveaway 2x komen dekat blog I , I minta maaf lagi sekali ya.


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI