Tuesday, 31 January 2017

Beauty Cart : Guardian Je ~

Assalamualaikum and haii you all ,buat apa tu ? bersantai-santai sebelum masuk tidur ke? Lambat sikit bersiaran hari nie , internet pun okey malam-malam nie jadi kita on jelah buat entry.

Kalau nak di ikutkan sepatutnya I start kerja 2/2 tapi ntah macam mana tiba-tiba kena kerja pulak sebab mesti kena ada admin seorang dekat office , nasib lah tak ada plan pergi bercuti kemana-mana kalau tak memang tak pergi kerja lah jawabnya ,nasib baik hari nie dengan esok half day je.

Memandangkan hari nie balik awal ambil kesempatan lah cuci-cuci mata dekat mall, bila dah cuci mata tu ada jelah kan benda nak beli isk isk isk mentang-mentang gaji dah keluar kan laju je grab itu ini muhehehe.



Nie jelah sempat I beli jom kita story satu-satu from the left J

1.Cotton Facial Squares – Beli sebab murah RM3 je buat top up stock akan datang boleh macam gituuu

2. Miracle Bio-Essence –  I ada dengar bagus untuk skin sebab tu beli yang travel size punya sebab nak try.

3. Maskara Maybelline – dah lama sangat I tak pakai mascara sebenarnya,selalu beli boleh kira dengan jari je berapa kali pakai last-last masuk angin :P ,sebenarnya malas nak cuci mascara tu.

4. Gentle Skin Cleanser –  pencuci muka yang sedia ada dah nak habis jadi top up cepat-cepat

5. Apple Cider Vinegar 4-in-1 Foaming Clay – I ada satu dari brand nie mint & lemon clay mask tak salah nama dia bagus sangat untuk breakout and oily type, yang nie baru masuk Malaysia kot sebab sebelum tak ada lagi jual,and must try J


Itu jelah I beli,mata I nie pun dah terkebil-kebil mengatuk hakhakhak okeylah jumpa next entry,GOOD NIGHT.


Monday, 30 January 2017

Food : Ayam Masak Sos Tiram Dan Sayur Tau Miu (Tauge Hijau)

Hai dan Assalaimulaikum semua cuti-cuti nie tak tahu nak buat apa , nak kuar jalan-jalan En Husband kerja biasanya macam tulah time En Husband tak kerja wife kerja,bila wife kerja En Husband pulak yang kerja,agak susah nak dapat masa untuk berjalan-jalan jauh sikit, biasa pusing-pusing dekat je, jadilah kan,tak apa nanti buat plan betul untuk bercuti bersama-sama nanti , sekarang kena bertabahlah.

Berbalik pada tajuk entry sebenarnya I tak berapa pandai nak cuba perbagai jenis masakan tak kira masakan ayam ke , ikan ke tau daging , sebab kena ikut selera En Husband sebab dialah yang akan beri komen bila masakan tu sedap atau tak , kurang yang itu yang ini , tapi kalau masak yang sama je bosan jugak kan , I pun singgah-singgah blog masakan tu terjadi ayam masak sos tiram dengan sayur tau miu (tauge hijau )

Maaf gambar tak berapa cantik


Rasanya ramai dah yang tahu ayam masak sos tiram tu orang kata pejam mata pun boleh masak kan , tapi nie first time I try masak ayam masak sos tiram nie Ahamdulillah En Husband terima hahaha sebab kalau tak kena dengan tekak dia kena tadah telinga lah ..sayur tau miu nie dah beberapa kali I dah masak , sebenarnya sayur nie kawan chinese satu office yang ajar masak sebenarnya , rasa dia macam tauge putih biasa kita beli tu , tapi nie warna hijau cara masak pun senang Cuma perlukan bawang putih dengan sos tiram je , kalau nak tambahkan udang atau sotong pun boleh ikut citarasa masing-masing.

Jumpa next entry, kalau tahu mana-mana  resepi simple mudah dan senang boleh tinggal link dekat komen ..okey bye.

Thursday, 26 January 2017

Beauty : B.liv Spotless [Blemish Marks Corrector] Reviews

Hai semua,apa khabar ? sihat ke ? macam biasa lah few days tak ada update apa-apa ampunkan diriku ini , internet tak berapa nak ok dan tak nak beri kerjasama , bayar bulan-bulan pun still ada masalah dengan connection stress akak tau..


Hari nie nak cerita salah satu product dari brand B.LIV yang I beli dari hermo.my masa offer dulu , sebelum I buat review I Cuma nak beritahu ini adalah reviews jujur sejujurnya dari I ,kalau detail I bagi macam terlalu samar-samar , tak lengkap ke tau terlalu ringkas then you all boleh search dekat google sebab I rasa ada fews blogger yang ada buat reviews untuk product yang sama.Sebab I nak reviews yang ringkas dan mudah faham , any product you all kena try dulu baru tahu sesuai atau tidak dengan your skin.Lets start pwetttyyy ~




CAPACITY
15ml
EFFECT
blemish marks lightening + soothing + exfoliating
MADE IN
Singapore
INGREDIENT
Aqua (Water), Ethoxydiglycol, Glycerin, Butylene Glycol, Arctium Lappa Root Extract, Mandelic Acid, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Nordihydroguaiaretic Acid, Sodium Citrate, Oleanolic Acid, Sodium Polyacrylate, Trideceth-6, Xanthan Gum, Polysorbate 20, Salicylic Acid, Triclosan, Sodium Hyaluronate, Hydrogenated Polydecene, Methylparaben, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil



Packaging


    ü  Come with small tube , approx. the size of a finger
    ü  Colour box grey + peach (ala-ala warna pink pun ada )

    ü  Easy to bring anywhere


Smell
ü  No fragrance

Textures

ü  Gel and little bit watery

Lifespan

   ü  Depends you all guna berapa kali sehari , kalau you all guna 2x sehari dalam sebulan ,  macam I guna 1x sehari je waktu pagi sahaja dalam 1-2 bulan.


My Reviews

Walaupun spotless nie jenis gel ianya tak susah nak apply dekat skin , sebab bila sapu dekat skin yang gel tu akan bertukar waterbase macam serum sangat senang nak blend.tapi apa yang I tak suka tentang spotless nie bila terlebih picit atau terlalu banyak gel bila sapu dekat muka,akan mengambil masa nak absorb, tak adalah sampai kena tunggu 5-10  minit tapi  macam I atau orang yang rushing waktu pagi akan guna product yang senang atau cepat absorb J jadi I sarankan picit dengan kuantiti sedikit tapi boleh sapu satu muka supaya senang nak absord jadi you all tak adalah nak kena tunggu untuk pakai next skincare kan.

Berbalik pada reviews b.liv spotless I dah guna almost 2 month tapi I tak Nampak any perubahan dekat my skin , even I pakai hari-hari ini pun skin I masih sama I don’t know why hukhukhuk menangis tepi bucu katil okey… walaupun tak ada apa-apa perubahan skin I tak naik jerawat tu yang paling penting betul tak J

Repurchase ?

Never .. I don’t see any change in my skin , even though I have been using for two months.
Price / where to buy
Rm 9.90 this time there was a promotion so the price is much cheaper, the original price was rm 70++ something like that. You all can buy from hermo.my
Okey tu sahaja reviews dari I ,macam I beritahu awal-awal tadi apa-apa product pun kena try dulu baru tahu ianya sesuai atau tidak dengan skin kita , maybe its works for you but not for me, so kita jumpa  dengan reviews yang lain…bubeyy pwetty




Wednesday, 25 January 2017

Wordless Wednesday 2017 : #4

Today do not put limits on what you can do girl! , you are going in the right direction.you are on your way to great,big thing!

Wednesday, 18 January 2017

Wordless Wednesday 2017 : #3


What your hobbies ?

Monday, 16 January 2017

Planner & Calendar Giveaway


Pemilihan pemenang adalah menggunakan random.org
Tamat pada : 23.01.2017
Pengumuman pemenang : 24.01.2017
Tuntutan hadiah : 24-26.01.2017
Hadiah akan dipos pada : 27.01.2017 (Insya Allah)

Wednesday, 11 January 2017

Wordless Wednesday 2017 : #2


Friday, 6 January 2017

Random : Salam Jumaat


Thursday, 5 January 2017

Random : YUBISO SHOP

Hello welcome back to my blog time cuti hari tu tak tahu nak pergi mana last-last adik cakap jom pergi ECM (east coast mall ) dah lama tak pusing-pusing dekat sana katanya,walhal akak dia nie selalu sangat pergi sebab dekat dengan office muhehehe , walaupun dekat tak pusing habis pun ecm tu biasa pergi Aeon , Watson atau quardian je tu pun sebab ada barang nak di beli.

Masa tengah jalan-jalan mata kami tertumpu pada satu kedai iaitu YUBISO I rasa new shop sebab sebelum ni tak pernah Nampak pun kedai ni,masuk-masuk kedai tu blink blink dah mata I nie tengok barang yang dia orang jual.



Dekat sini ada jual bag , body wash,syampoo,skincare pun ada barang-barang makeup pun ada , kuali pun ada macam-macam lah ada dekat kedai nie.Actually  Most of YUBISO products are from Japan, Korea, China, Malaysia dan others country , You all boleh pergi website http://www.yubiso.asia/ boleh baca lagi detail tentang YUBISO nie,sebelum tu jom cuci-cuci mata dulu dengan picture dekat bawah nie J








Tu je sempat ambil gambar , agak susah nak pegang hp sambil belek-belek barang silap hari bulan hp pulak yang tertinggal nanti,beringat sebelum terkena dak giteww …



Okey nie barang yang I beli , sponge blender (Rm 5 ) tambahkan lagi koleksi sedia ada tapi bentuk macam nie tak ada lagi sesuai untuk apply foundation atau loose powder.Mini notebook (Rm 5 ) yang nie I guna untuk buat list bulanan apa yang perlu I bayar every month,listkan barang yang kena beli atau apa-apa jelah I memang suka listkan apa yang I nak beli buat bajet siap-siap dalam tu dan senang nak sumbat dalam handbag.

Angled brush (Rm 5 ) okey nie pun tambahan koleksi and brush dia sangat-sangat soft,jenis brush lain pun ada sesuai sangat untuk beginner harga pun murah.Duo side marked pen and highlite (3 pcs for Rm 5 ) yang nie untuk kegunaan office huhuhu,last sekali tote bag yang sangat cute miut kitten (Rm 10 ) bag nie I beli sebab nak letak bekas makanan dengan botol air , beg yang sebelum  nie dah nazak L so kena lah beli yang baru.



Terasa panjang pulak entry kali nie jangan you all bosan sudah lah erk baca entry kali ini J ,siapa yang tinggal dekat kuantan boleh pergi dekat ECM tingkat 2 berhadapan dengan

NHF (Natural Health Farm ) bertentangan dengan hot & roll .. tak jumpa jugak you all guna waze jelah hakhakhakhak , negeri lain sila google nak tahu outlet yubiso tu dekat mana erk.. Bye sayang sayang semua.... 

Segment: Follower meningkat dengan mudah


Jom semua join ramai-ramai

Wednesday, 4 January 2017

Beauty Tips : 6 Easy Trick To Make Your Lips Look Fuller


Crdt : brightside

Wordless Wednesday 2017 : #1


Tuesday, 3 January 2017

1st GA by BAJETciputseleraBESAR



Jom ramai-ramai join GA nie ,klik banner dekat atas okey

2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL


2 Januari 2017 sehingga 2 Februari 2017

Random : Sarapan Pagi Murtabak


Selamat pagi ,hari nie dah start kerja rasa macam tak puas je cuti rasa nak sambung cuti lagi boleh tak ?? Nak nak dekat kuantan nie 2-3 hari nie hujan..malas betul nak pergi kerja… hari nie bersarapan murtabak je share dua orang perkena pulak dengan teh tarik , boleh lah alas perut sebelum tiba waktu lunch nanti kan. You all sarapan apa pagi nie ???

Sunday, 1 January 2017

Random : Happy New Year 2017



Hai semua Happy New Year 2017 kepada semua rakan-rakan di dalam Blog untuk follower baru or lama welcome to my Blog ~

Kalau tengok pada blog nie I memang tak ada update apa-apa dekat blog nie, sebab banyak sangat kerja yang kena selesaikan memandangkan hujung tahun memang banyak benda nak kena siapkan dan ada target kena hit hujung-hujung tahun macam nie,mana tahu ada BONUS ke tahun depan…

Walaupun I tak ada update apa-apa dekat Blog I still BW dekat Blog rakan-rakan yang lain,yang mana ada shoutbox tu I akan tinggalkan jejak I dekat situ , yang mana tak ada shoutbox I akan tinggalkan komen, but not sure tuan blog ada perasan atau tak huhuhuhu.

Harap tahun nie ada lagi banyak lah entry dari I ,, Insyaallah I akan kerap lagi BW dekat Blog rakan-rakan yang lain.. Hopefully~ Bye


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI