Food : Ayam Masak Sos Tiram Dan Sayur Tau Miu (Tauge Hijau)

18:06

Hai dan Assalaimulaikum semua cuti-cuti nie tak tahu nak buat apa , nak kuar jalan-jalan En Husband kerja biasanya macam tulah time En Husband tak kerja wife kerja,bila wife kerja En Husband pulak yang kerja,agak susah nak dapat masa untuk berjalan-jalan jauh sikit, biasa pusing-pusing dekat je, jadilah kan,tak apa nanti buat plan betul untuk bercuti bersama-sama nanti , sekarang kena bertabahlah.

Berbalik pada tajuk entry sebenarnya I tak berapa pandai nak cuba perbagai jenis masakan tak kira masakan ayam ke , ikan ke tau daging , sebab kena ikut selera En Husband sebab dialah yang akan beri komen bila masakan tu sedap atau tak , kurang yang itu yang ini , tapi kalau masak yang sama je bosan jugak kan , I pun singgah-singgah blog masakan tu terjadi ayam masak sos tiram dengan sayur tau miu (tauge hijau )

Maaf gambar tak berapa cantik


Rasanya ramai dah yang tahu ayam masak sos tiram tu orang kata pejam mata pun boleh masak kan , tapi nie first time I try masak ayam masak sos tiram nie Ahamdulillah En Husband terima hahaha sebab kalau tak kena dengan tekak dia kena tadah telinga lah ..sayur tau miu nie dah beberapa kali I dah masak , sebenarnya sayur nie kawan chinese satu office yang ajar masak sebenarnya , rasa dia macam tauge putih biasa kita beli tu , tapi nie warna hijau cara masak pun senang Cuma perlukan bawang putih dengan sos tiram je , kalau nak tambahkan udang atau sotong pun boleh ikut citarasa masing-masing.

Jumpa next entry, kalau tahu mana-mana  resepi simple mudah dan senang boleh tinggal link dekat komen ..okey bye.

You Might Also Like

2 comments

  1. Simple tue lah yg paling sedap. Berpinggan tambah. Hehe

    ReplyDelete
  2. Feveret Sha tu.. taugeh hijau.. selalu kalau masak, makan camtu je..

    ReplyDelete