Monday, 29 May 2017

Tips Sahur Yang Sihat

Hai korang..hai semua masih belum terlambat kot nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger semua.Today nak share sedikit tips atau cara sahur yang sihat , sebab ada setengah kita nie sahur makan nasi kan dah tentu air manis tu mesti kena ada betul tak,tips nie harap dapat membantu korang semua okey …

1.    Jangan lupa sediakan kurma setiap hari, supaya dapatlah kita makan 3 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur. Pada kurma itu zatnya memang tinggi dan banyak, jadinya ia memberi nutrisi dan tenaga yang berpanjangan kepada kita yang berpuasa sepanjang hari (Kurma lambat dihadam dalam perut & membantu menahan lapar)

2. Pastikan kita banyakkan mengambil air kosong dan air suam supaya segala proses di dalam badan berjalan lancar.

3. Elakkan dari minum minuman berkafein sewaktu bersahur kerana ia membuatkan kita cepat rasa dahaga.

4. Begitu juga dengan minuman dan makanan yang manis, ia juga membuatkan kita cepat dahaga, satu tips dari Prof Muhaya adalah menggantikan gula dengan madu sebagai manisan kerana ianya lebih selamat

5. Ambil minuman isotonik tanpa gas yang membantu badan menyimpan banyak air dan mengelakkan hidrasi. Contoh minuman ini adalah Performance Drink.

6. Sediakan menu makanan yang tinggi protein dan indeks glisemik yang tinggi, kerana ia membuatkan anda tahan lapar dengan lebih lama

7. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan semasa bersahur kerana ia membantu kita mudah lawas, membekalkan air secara semulajadi dan mencukupkan nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.


Credit : Ita Azita

Friday, 26 May 2017

Sepetang Di Mustafa Cendol - Kuantan

Hai semua lama tak buat entri dalam blog nie di sebabkan hal-hal kerja yang tak pernah habis-habis J , I pun agak lama diam menyepi tanpa khabar berita tapi I ada lah jalan-jalan blog yang I follow Cuma entri je tak buat,sesiapa yang ada follow blog I nie thank you so much ,dah follow tu tinggal lah jejak anda di komen senang sikit I nak follow balik.

Cerita hari ahad hari tu tak tahu kenapa teringin nak makan cendol dekat MUSTAFA CENDOL mungkin sebab cuaca panas sangat dan pada masa yang sama memang dah lama tak pergi makan cendol dekat situ , dulu kerja dekat area teluk sisek kerap lah jugak pergi tapi sekarang dah tukar tempat kerja susah sikit nak pergi ke sana sebab nak kena tempuh jem I is sangat malas kalau bab jem-jem nie rela pergi beli cendol mamak yang naik motor tu.

credit : Google Search

Dekat kuantan nie banyak tempat makan yang sedap-sedap dan murah Cuma kena pandai carilah , kalau petang-petang rasa nak makan kepok (keropok) pisang goreng ,udang/ikan celup tepung boleh pergi tanjung lumpur , nak makan sambil-sambil tengok lauk boleh pergi taman gelora dekat situ pun banyak pilihan makanan ada nasi/mee goreng-gorengan.Kalau nak sejuk-sejuk tekak sebab cuaca lit lit panas ,boleh cuba cendol dekat MUSTAFA CENDOL , ada macam jenis cendol mereka  jual , mee goreng pun ada rojak mee pun ada.

Cendol Biasa


Rojak Mee

Mee Goreng Mamak


Kebanyakkan orang datang dekat sini disebabkan cendol yang di jual sedap , ramai jugak orang luar dari kuantan datang cuba cendol dekat sini.Rojak mee pada I ok lah boleh di terima , tapi mee goreng mamak pada I tak berapa sangat sebab rasa kapur mee tu jadi I makan sikit je lepas tu tak boleh makan dah sebab rasa kapur tu agak kuat, I tak sure lah dia orang rendam sekejap ke lama mee tu .

Jadi yang mana datang ke kuantan tak tahu nak makan apa petang-petang boleh lah singgah dekat MUSTAFA CENDOL nie,guna waze pun boleh sampai uols , jumpa lagi next entri bye. 

Friday, 5 May 2017

Salam Jumaat - 5/5/2017


Wednesday, 3 May 2017

Haul : Body Shop 70%

Hai semua ,sebenarnya dah lama tak beli barang dari body shop ,kebiasanya iols lalu je dan tengok dari luar je tak masuk pun,last I beli 2 tahun lepas kot minyak wangi I suka white musk botol dia warna purple tu selain dari tu I tak berapa berkenan dengan bauan yang lain.

Baru-baru nie body shop ada buat sales 70% time nie member ajak masuk katanya tengah offer ,biasa lah I nie jenis pantang di ajak , ada pulak geng membeli menjadi-jadi kejadian membeli tu, tapi memang murah betul lah dari harga normal kan , time macam nie orang berebut nak beli.Jom tengok gambar dekat bawah apa I beli.


1.    White Musk Libertine Fragrance Mist – RM 19.50
2.    Honeymania Exfoliating Cream Body Scrub (50ml) – RM 10.20
3.    Itallian Summer Fig Treat (body lotion and shower gel ) – RM 27.50
4.    White Musk Eau De Toillette 30ml Gift Seft – RM 69.30


Nak cerita jugak perfume white musk nie lah gaji pertama I beli tau masa nie pas SPM I terus minta kerja tak ada istilah duduk rumah lama-lama , tapi time nie I beli harga dia RM29.90 percaya tak?? Korang kena percaya memang mula-mula dulu harga dia RM 29.90, lama-lama naik lah 39,49,79 sekarang dah 100++ tu pun jenis Toillette lah yang jenis lagi satu tu mahal sikit, tak tahu lah kenapa body shop sekarang harga dia mahal-mahal mungkin dia ada upgrade formula untuk quality lebih bagus kot.Okey lah uols jumpa next entry penat menaip dah bye.

Tuesday, 2 May 2017

Hello my friends,today nak share dengan you all mask yang I beli dekat Watson tengah bulan hari tu and yes I baru je nak guna actually I agak lama I tak manjakan I punya skin,dengan kata lain lama jugak I tak pakai mask biasa I skip pakai mask terus je dengan night skincare routine.

First time I try mask dari botanics nie biasa jeling-jeling je hiks …tapi hari tu kalau beli untuk pembelian ke dua dapat 70% diskaun , so I beli lah dua terus dan I pilih aloe vera sebab my skin selalu terdedah dengan cahaya matahari dan ada masa kulit I terasa kering.


Semua orang tahu yang Aloe Vera banyak digunakan dalam produk kecantikan dan sangat elok untuk kulit muka kita. Aloe vera jugak boleh merawat, mencerah, memulihkan kulit,bukan tu je boleh jugak untuk merawat luka, luka-luka kecil, kulit kering dan terbakar teruk (burns). Aloe Vera kaya dengan Vitamin C, E dan beta karotena yang memberikan ia berkhasiat dan anti-penuaan dan banyak lagi lah silalah google kalau nak tahu lebih banyak lagi benefit aloe vera nie. Ok stop dulu mengomel pasal aloe vera punya benefit…


Mask nie tak bau any fragrance , selesa bila guna dekat muka tak terasa gatal atau pedih rasa fresh sangat , bila dah seharian dekat tempat kerja kan time pakai mask nie lah time paling best rasa segar bugar.Membantu hydrate and soothe dekat kita punya skin , apa yang I suka dalam mask nie ada hyaluronic acid dia akan ketatkan you punya pores dan tegang.

Dekat instructions tulis pakai selama 10-15 minit tapi I biar lebih dari tu dalam 30minit atau 1 jam , its ok sebab dia bagi lagi you punya skin better , sebab you dah beli mahal kan satu mask tu dlm 5-6 ringgit jadi rugi lah kalau you tak guna lama , but kalau you guna jenis clay mask atau mana-mana mask yang kena tunggu kering lepas tu cuci yang tu you tak boleh tunggu lama cukup 3-5minit je , sebab mask jenis macam tu boleh buat you punya skin kering tak berapa bagus untuk skin.

Bila dah buka mask tu jangan lupa sapu dekat leher sekali hujung-hujung telinga tu , sebab kita tak nak membazir essence dari mask tu rugi oooo J  , mask nie boleh pakai 2x seminggu atau seminggu sekali pun dah ok,tapi macam I nie kalau penat sangat memang tak pakai lah jadinya beli mask masuk dalam laci buat perkasam dulu baru guna ~

Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017


TARIKH TUTUP: 
3 MAY 2017 ; 11:59 PM

Last minute join ,masih sempat lagi uols nak join sekali ..sila klik klik klik banner dekat atas tu erk 

Ole Ole Dari Sabah

Hai semua,okey husband I baru balik dari sabah dan nie dah masuk tahun keempat tak salah husband pergi ke sabah atas urusan kerja.

Kali nie tak bawak balik udang galah sebab tak sempat nak pergi ke pasar ,udang galah dekat sana memang murah sekilo rm40 memang banyak udang boleh masak banyak kali,kalau dekat sini udang galah memang agak mahal lah sikit.



Yang nie jelah husband I beli untuk balik ke kuantan ,yang bulat-bulat tu keropok perisa udang dengan sotong,tapi I lagi suka perisa udang sebab pedas nyumm.. kuih cincin popular dekat sabah dengan Sarawak , kalau jenis nipis tu rangup bila makan krup krap krup krap susah nak berhenti , kalau yang tebal tak rangup tapi isinya tebal sikit.Biskut viral kawan husband beritahu tu dia beli RM10 dapat 3 pcs murah kan banding I beli haritu 1 pcs rm RM 6 ,last-last husband cakap kalau tahu dia borong banyak sikit biskut tu.Okey last sekali husband I belikan kerosang sabah untuk wife dia,boleh lah pakai raya nanti kan.



I pun teringin jugak nak ke sabah kalau ada peluang and rezeki insyaallah nak kenal-kenal tempat dekat sana, siapa followers dari sabah boleh beritahu tak tempat menarik dekat sabah boleh lah komen dekat bawah ya…byeeee
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI