Sepetang Di Mustafa Cendol - Kuantan

12:04

Hai semua lama tak buat entri dalam blog nie di sebabkan hal-hal kerja yang tak pernah habis-habis J , I pun agak lama diam menyepi tanpa khabar berita tapi I ada lah jalan-jalan blog yang I follow Cuma entri je tak buat,sesiapa yang ada follow blog I nie thank you so much ,dah follow tu tinggal lah jejak anda di komen senang sikit I nak follow balik.

Cerita hari ahad hari tu tak tahu kenapa teringin nak makan cendol dekat MUSTAFA CENDOL mungkin sebab cuaca panas sangat dan pada masa yang sama memang dah lama tak pergi makan cendol dekat situ , dulu kerja dekat area teluk sisek kerap lah jugak pergi tapi sekarang dah tukar tempat kerja susah sikit nak pergi ke sana sebab nak kena tempuh jem I is sangat malas kalau bab jem-jem nie rela pergi beli cendol mamak yang naik motor tu.

credit : Google Search

Dekat kuantan nie banyak tempat makan yang sedap-sedap dan murah Cuma kena pandai carilah , kalau petang-petang rasa nak makan kepok (keropok) pisang goreng ,udang/ikan celup tepung boleh pergi tanjung lumpur , nak makan sambil-sambil tengok lauk boleh pergi taman gelora dekat situ pun banyak pilihan makanan ada nasi/mee goreng-gorengan.Kalau nak sejuk-sejuk tekak sebab cuaca lit lit panas ,boleh cuba cendol dekat MUSTAFA CENDOL , ada macam jenis cendol mereka  jual , mee goreng pun ada rojak mee pun ada.

Cendol Biasa


Rojak Mee

Mee Goreng Mamak


Kebanyakkan orang datang dekat sini disebabkan cendol yang di jual sedap , ramai jugak orang luar dari kuantan datang cuba cendol dekat sini.Rojak mee pada I ok lah boleh di terima , tapi mee goreng mamak pada I tak berapa sangat sebab rasa kapur mee tu jadi I makan sikit je lepas tu tak boleh makan dah sebab rasa kapur tu agak kuat, I tak sure lah dia orang rendam sekejap ke lama mee tu .

Jadi yang mana datang ke kuantan tak tahu nak makan apa petang-petang boleh lah singgah dekat MUSTAFA CENDOL nie,guna waze pun boleh sampai uols , jumpa lagi next entri bye. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Semuanya nampak sedap...
    Selamat menyambut ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini cendol memang Famous kalau hari cuti ramai yang datang.. selamat hari raya

      Delete
  2. dulu belajar gambang, biasa juga singgah sini. cendol sedappp. ni time puasa plak ternampak haha

    helloaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp betul tu rata-rata datang pun sebab cendol dekat sini sedap

      Delete