Tips Sahur Yang Sihat

13:23

Hai korang..hai semua masih belum terlambat kot nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger semua.Today nak share sedikit tips atau cara sahur yang sihat , sebab ada setengah kita nie sahur makan nasi kan dah tentu air manis tu mesti kena ada betul tak,tips nie harap dapat membantu korang semua okey …

1.    Jangan lupa sediakan kurma setiap hari, supaya dapatlah kita makan 3 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur. Pada kurma itu zatnya memang tinggi dan banyak, jadinya ia memberi nutrisi dan tenaga yang berpanjangan kepada kita yang berpuasa sepanjang hari (Kurma lambat dihadam dalam perut & membantu menahan lapar)

2. Pastikan kita banyakkan mengambil air kosong dan air suam supaya segala proses di dalam badan berjalan lancar.

3. Elakkan dari minum minuman berkafein sewaktu bersahur kerana ia membuatkan kita cepat rasa dahaga.

4. Begitu juga dengan minuman dan makanan yang manis, ia juga membuatkan kita cepat dahaga, satu tips dari Prof Muhaya adalah menggantikan gula dengan madu sebagai manisan kerana ianya lebih selamat

5. Ambil minuman isotonik tanpa gas yang membantu badan menyimpan banyak air dan mengelakkan hidrasi. Contoh minuman ini adalah Performance Drink.

6. Sediakan menu makanan yang tinggi protein dan indeks glisemik yang tinggi, kerana ia membuatkan anda tahan lapar dengan lebih lama

7. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan semasa bersahur kerana ia membantu kita mudah lawas, membekalkan air secara semulajadi dan mencukupkan nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.


Credit : Ita Azita

You Might Also Like

0 comments