Giant Kuantan Ada Buat Offer ~

Selasa, Mac 14, 2017

Hai semua,sebenarnya nak post hari jumaat hari tu lagi lepas tu internet connection weak lah pulak nya , I tak ada wifi I pakai hotspot je tu internet tak berapa okey,bila time mood nak menulis datang macam-macam lah pulak bila tak menulis tu laju kemain lagi internet, saje je nak bagi akak mengamuk ..

Jumaat hari tu ada Nampak member post dekat wall FB dia beli barang dekat giant , murah katanya ada harga serendah RM 1  , Nampak banyak jugak lah dia rembat barang dekat giant tu..tak terfikir pun nak pergi walaupun hari-hari lalu depan giant pergi dengan balik kerja..Lepas tu adik ajak pergi lepas balik kerja I follow jelah padahal nak pergi tengok apa yang offer cehhh lagi mahu cakap tak terfikir nak pergi hahaha..


Gambar nie jelah yang ada ambil tu pun sebab adik yang ambil masuk group whatsaps kot-kot lah adik yang seorang tu nak tumpang beli kan , tapi semua gambar makanan yang lain tak ada ya ha jangan di Tanya gambar bahagian electric , cucian dan sebagainya .



Air soya jenama Giant tu rm 0.99 sen yang jenama yeo’s tak silap rm 1 , ada air lain harga rm 2 , air dalam tin-tin tu RM 1 7up , coca cola lagi satu tak ingat air apa



Favorite biskut Oat Krunch Munchys time beli nie harga RM 9.90 ada 23pack kat dalam tu , biasa 16pack je rm 9.50 (kalau ada offer RM 8.99) tapi biasa I ambil dark chocolate with hazelnut, yang fruit tu tak minat hehee..



Highly recommended green tea from AHMAD TEA bagi sesiapa nak minum green tea tapi tak nak rasa pahit,atau baru-baru nak try boleh beli green tea nie memang tak pahit ,minum pun laju je tak ada tersekat-sekat sebab pahit.Boleh beli yang kecil dulu ada 25sachet harga RM 5.20 je, bila dah suka green tea tu boleh lah beli hak besar kan.. I dah minum hampir 2 tahun dari ahmad tea nie tak tukar-tukar jenama lain.


kalau tak silap offer sampai 22 march nie , boleh lagi nak pergi tu.. i pun nak pergi lagi sekali hari tu lupa nak ambil milo adehh sampai rumah baru teringat...tak tahu lah ada offer lagi ke tak..okey next entry nanti nak buat review pulak tungguuuu bye.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Tertarik dengan Ahmad tea tuh..nak carilah lepas nih sebb susah nak cari green tea yg kena dengan tekak..hehe

    BalasPadam
  2. Ahmad tea tu memang sedap. kawan saya suka beli hehe. Mister Potato tu pun tengah murah juga kan!? rasa nak pergi ja dah alang2 ada kat kuantan sekarang hehe.

    BalasPadam