Ayaq Mangga Sedap Gila Baq Hang !

Rabu, September 27, 2017


Hai semua selamat tengahari , dah lunch ke ? atau masih duk fikir nak makan apa atau nak makan dekat mana?? dua soalan nie memang selalu di tanya oleh kawan-kawan office betul tak...last-last kau tanya aku .aku tanya kau macam tulah kesudahanya.

Waktu lunch tadi ada janji dengan kawan nak pergi satu tempat nie (di rahsiakan nama tempat tu ) sampai-sampai batang hidung kawan i tu pun tak nampak-nampak (macam ginilah kalau janji melayu) dah lah panas ceng ceng tambah pulak hati yang panas kena menungu tak tahu nak bertabah macam mana hahahaha....

Lebih kurang 15 minit lepas tu baru lah kawan i tu sampai dengan senyuman , belum sempat nak BOM dia , terus dia cakap ' nah ayaq mangga , bagi sejuk-sejuk dulu aku tahu kau mesti marah sebab aku lambat kan ' cehh pandai betul kan dia ambik hati i nie :) dia lambat sebab dia ada hal tak dapat di elakan , nak cerita dalam nie terlalu panjang lah pulak..meh nak cerita pasal ayaq mangga nie.




Minum ayaq mangga nie betul-betul sedap , sejuk je anak tekak bila ayaq tu duk lalu hikhikhik kena pulak dengan cuaca panas ceng ceng nie, memang 100% mangga tak ada campuran lain.. kalau yang jual dekat pasar malam tu ada campur dengan susu , ada jugak yang campur dengan gula tapi yang nie memang pure punya mangga , kaw-kaw mangga gitu..



Tak tahu lah kawan i tu dia beli dekat mana ayaq mangga nie , nanti tanya dia semula harga dia dalam RM8-RM9 lebih kurang macam tulah , tapi ambil banyak dapat kurang lagi...sekarang masih terbayang-bayang rasa mangga tu..sebotol tak cukup .....

You Might Also Like

0 ulasan