First Time Makan Di Boat Noodle

Selasa, Oktober 03, 2017


I sebenarnya memang jarang makan dekat tempat-tempat yang selalu orang duk viral pasal makanan atau tempat makan yang famous orang yang selalu pergi makan,i biasa dengan suami pergi makan dekat kedai biasa-biasa macam mamak atau dekat kedai makan orang thailand masak , nak makan western food tak perlu pergi jauh-jauh dekat depan rumah dah ada food court.

Kebetulan kawan yang tinggal dekat Johor ada datang kuantan sambil-sambil tu dia datang rumah mentua dekat sini , kawan i nie memang orang johor tapi masa zaman anak dara datang kuantan untuk berkerja , dari situ lah i kenal dia..sejak dia berpindah ke johor semula memang agak susah nak jumpa.


Perkara biasa kalau di tanya nak makan dekat mana??? baik dekat office sampai lah ke luar pun sama soalannya bila nak makan hakhakhak kadang-kadang stress pun ada..padahal berlambak-lambak kedai makan.Konon kawan i yang sorang lagi tu nak makan dekat boat noodle , macam i beritahu awal-awal tadi lah , i memang tak ikut sangat trend tempat makan sekarang nie..boat noodle nie pun first time i jejak padahal dah ramai giler kot orang dah tahu dan pergi makan i jelah yang agak kebelakang.

Boat noodle nie i pergi dekat East Coast Mall Kuantan masa nie kena tunggu meja kosong semua penuh dengan orang , biasalah hari cuti mestilah ramai dan lagi satu space dia memang kecil, kedai pun tak besar mana , jadi kena tunggu lah jawabnya.Tak silap i dekat sara thai pun ada tapi i cuba lagi, kawan i cakap lain sikit , lain macam mana tu tak tahu kena tunggu i pergi sana dulu hihihihi.






Korang nampak tak mee tu besar mana??? kalau ciput macam tu agak-agak korang kenyang tak??? macam celah gigi je kan hahahaha tak hairan lah kalau orang order bermangkuk-mangkuk mee nie memang sekali ngap je dah habis.Satu mangkuk RM 1.90 belum termasuk GST lagi tu.. Air tu tak ingat nama apa di blend harga dia RM 8++.



Sangkaya Roti Steam yang sangat-sangat lembut dan sedap kalau makan nie pun dah tak toleh kiri kanan..Next time boleh order lagi.



Yang nie bayam goreng di salut dengan tempura , rasa dia okey-okey lah cuma cepat muak mungkin sebab di goreng kot..Bayam tu pun tak tahu dia gunting berapa kali pasal nipis sangat tebal tempura je.

Kalau korang nak order makanan lain pun ada , macam makanan dekat atas nie semua di suggest oleh kawan i sendiri .Bagi i makanan dekat boat noodle nie biasa-biasa je yang famous mee tulah ramai yang order and roti.Kalau korang nak try boleh lah google erk kawasan korang ada ke tak boat noodle.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Tak pernah makan dekat boat noodles lg. Setiap kali lalu mesti penuh kedai dia. Boleh cuba lah akan dtg.

    BalasPadam