Alhamdulillah Dapat Balik Blog

Selasa, Mei 22, 2018

Hai korang, memang agak lama menyepi last buat entry awal bulan 3 hari tu , tak tahu kenapa tiba-tiba GMAIL tak dapat nak login , salah id lah salah password lah padahal id dengan password memang yang sama je memang tak ada tukar-tukar.

Bila GMAIL tak dapat masuk automatik blog sekali tak boleh nak masuk , puas dah reset password tak mau jugak..last-last i give up tapi pada masa yang sama masih lagi mencuba reset password kot-kot lah boleh tapi haram.Lepas tu i dah tak cuba bukak blog.

Nak di jadikan cerita ahad lepas i try lagi sekali reset password ,eh boleh lah pulak hahaha tapi pasal apa dulu buat tak boleh-boleh hurmmm tapi syukur alhamdulillah lah blog nie masih boleh di guna lagi walaupun follower tak ramai mana pun.

Walaupun i jarang buat entry tapi still sayang lagi dekat blog nie,i tak boleh buat macam blogger lain yang buat entry sampai 4-5 entry 1 hari,sebab i ada kerja hakiki yang tersedia ada...balik rumah badan dah letih dan penat bila keadaan macam tu idea nak menaip pun tak ada.

Mungkin masih belum terlambat lagi i nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan blogger.



''Marhaban Yaa Ramadhan, 
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang Dahannya Patah Tolong Betulkan, 
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang, 
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan. 
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa"




You Might Also Like

3 ulasan

  1. okay yes da dapat balik.. hehe.. boleh mula blogging balik =)

    BalasPadam
  2. mesti masa awal dulu tu gmail down kejap. apa2 pun ni dah dapat balik semoga aktif berblogging! hehehehe
    and salam ramadhan!

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa sis.. Mujur dapat balik..

    BalasPadam